Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peragut maut selepas merempuh pagar besi Briged PGA Batu Kawa, Kuching. Foto IPD Padawan

Peragut maut rempuh pagar besi

KUCHING, 29 Dis: Seorang peragut maut selepas merempuh pagar besi di Batu Kawa semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz MD Radzi berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu berlaku kejadian ragut bertempat di Jalan Field Force Batu Kawa.

“Seorang lelaki bermotosikal meragut beg tangan seorang wanita yang sedang membonceng motosikal bersama-sama suami dan seorang anak lelaki.

“Suspek bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi Briged PGA
Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan pengenalan diri, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 32 tahun.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan suspek telah meninggal dunia.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan