Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) Perwakilan Badan Induk, Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Lambir Sesi 2024-2027

PBB kekal ampuh, tiada individu lebih besar daripada parti

MIRI, 29 Dis: Kestabilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang terus berdiri kukuh disebabkan ahli yang menghormati peraturan perlembagaan dan konvensyen tidak bertulis parti.

Naib Presiden PBB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, parti harus diutamakan melebihi kepentingan individu.

“Ahli saling menghormati adalah asas kekuatan parti dan ia tidak boleh dipandang ringan atau diketepikan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) Perwakilan Badan Induk, Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Lambir Sesi 2024-2027 di Miri pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, konvensyen parti bukan hanya sekadar budaya tetapi satu perkara yang mesti dihormati oleh setiap ahli parti tanpa pengecualian.

Karim turut memberi bayangan penting tentang pemilihan pucuk pimpinan PBB yang akan berlangsung pada Februari 2025 yang dijangka bakal menentukan hala tuju parti dan negeri.

“Dalam suasana penuh semangat itu, setiap ahli terus memegang teguh prinsip-prinsip parti di setiap peringkat dari ranting hingga cawangan,” ujarnya.

Menurutnya, PBB turut memperkenalkan pembaharuan dengan penubuhan Sayap Belia 1828 pada 6 Oktober lalu bagi memberi peluang lebih luas kepada golongan muda untuk terlibat dalam perjuangan parti.

“Keputusan ini menunjukkan komitmen PBB untuk terus relevan dan inklusif mempersiapkan barisan pemimpin masa depan,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan