Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan. Foto: Yonhap News

Nahas pesawat Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terbabit

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi nahas udara pesawat Jeju Air yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini.

Kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Malaysia di Seoul sedang memantau rapat insiden berkenaan yang menyebabkan puluhan penumpang terkorban setakat ini.

“Kementerian Luar mengambil maklum insiden tragis yang melibatkan penerbangan Jeju Air 7C2216, yang terkeluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan.

Pesawat Jeju Air terhempas, 28 penumpang maut

“Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau dengan teliti keadaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa portal media hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 47 terkorban selepas pesawat yang dinaiki 175 penumpang dan enam kru yang sedang sedang dalam perjalanan pulang dari Thailand itu terbabit kemalangan dipercayai ketika cuba melakukan pendaratan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan