Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa. Foto AFP

Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan: Pihak berkuasa

ByBernama

MUAN (Korea Selatan), 29 Dis: Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.

Pesawat yang membawa 181 orang dari Bangkok, cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 9.07 pagi sebelum ia tergelincir dari landasan dan melanggar pagar, mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 maut dan mencederakan yang lain.

Pesawat Jeju Air terhempas, 28 penumpang maut

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan bahawa pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal.

Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga di hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Nahas itu menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat, sehingga mencetuskan kebakaran.

Pesawat Jeju Air terhempas, 28 penumpang maut

Saksi mendakwa terdapat tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar tidak diaktifkan, yang mungkin mendorong percubaan pendaratan cemas, dengan perlanggaran burung dipercayai menjadi punca kerosakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan