Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masalah banjir bermusim yang dihadapi bandar Spaoh di Betong kira-kira 250kilometer perjalanan darat dari sini, dan sekitar tebingan sungai kawasan berkenaan, telah ditangani dengan pembinaan tiga pintu kawalan air pasang surut di Sungai Spaoh. Foto fail TVS

Masalah banjir bermusim di bandar Spaoh ditangani – Uggah

KUCHING, 29 Dis: Masalah banjir bermusim yang dihadapi bandar Spaoh di Betong kira-kira 250kilometer perjalanan darat dari sini, dan sekitar tebingan sungai kawasan berkenaan, telah ditangani dengan pembinaan tiga pintu kawalan air pasang surut di Sungai Spaoh, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan lawatan beliau ke kawasan tebingan berkenaan semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Saban itu berkata beliau puas hati dengan langkah-langkah yang diambil bagi menangani isu tersebut.

“Setakat ini, bagus… projek itu nampaknya melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menghalang air sungai daripada masuk dan membanjiri kawasan berkenaan. Pada masa lalu setiap kali hujan lebat dan air Sungai Spaoh melimpah, ia akan membawa kepada masalah banjir di kawasan berkenaan.

“Kita juga sedang mengkaji projek penambahbaikan lain termasuk pembinan laluan pejalan kaki dan gazebo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Timbalan Premier Sarawak berkata projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bernilai RM500,000 itu telah siap lebih awal daripada tarikh ditetapkan pada Mei 2025.

Sementara itu Uggah berkata beliau gembira mengetahui bahawa Agrobank sedang membangunkan kemudahannya di pasar baharu Spaoh.

“Saya telah meminta kemudahan ini, bulan depan ia akan dibangunkan, untuk memberikan manfaat tambahan penduduk di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan