Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang. Foto fail AFP

Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel

ByBernama

NEW DELHI, 29 Dis: Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.

Serangan Israel pada Jumaat ke atas kemudahan kesihatan utama terakhir di utara Gaza yang dikepung menyebabkan ia tidak berfungsi.

“Tindakan keji ini merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” menurut kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.

“Serangan sedemikian ke atas kemudahan penjagaan kesihatan penting merupakan jenayah perang dan merupakan sebahagian daripada pencerobohan tanpa henti yang berterusan terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Terdapat tuduhan bahawa selain membakar hospital, tentera Israel turut menyerang secara seksual jururawat, pesakit dan kakitangan.

Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, menyatakan bahawa tindakan Israel itu merupakan satu daripada episod paling gelap dalam sejarah konflik manusia, yang menurutnya “didukung oleh pengaruh negara Barat.”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata serangan ke atas Hospital Kamal Adwan berlaku selepas peningkatan sekatan Israel terhadap akses untuk WHO dan rakan kongsi.

“Pemusnahan sistem kesihatan secara sistematik di Gaza adalah hukuman mati bagi puluhan ribu rakyat Palestin yang memerlukan penjagaan kesihatan,” katanya pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan