Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menggesa penyokongnya turun ke jalanan. Foto: AFP

Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Jan

ByBernama

CARACAS, 29 Dis: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menggesa penyokongnya turun ke jalanan “untuk mempertahankan undi” ketika beliau bersiap sedia mengangkat sumpah bagi penggal 2025-2031 pada 10 Jan, lapor Xinhua.

“Di setiap arena, kita mempertahankan hak kita untuk keamanan, kestabilan dan kedamaian,” tulis Maduro di media sosial pada Sabtu.

Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.

Gabungan pembangkang, Democratic Unity Platform (PUD), mendakwa calonnya Edmundo Gonzalez Urrutia adalah pemenang sebenar pilihan raya dan merancang mengadakan majlis angkat sumpahnya pada 10 Jan.

PUD mendapat sokongan beberapa negara Barat.

Maduro berkata bahawa gerakan sosial dan politik yang menyokong pentadbirannya “akan terus bergerak aktif dengan penuh kegembiraan dan pelbagai cara,” sambil menambah bahawa “pada 10 Jan, kekuatan rakyat akan hadir”.

“Pada 10 Jan ini, rakyat Venezuela akan mengangkat sumpah dengan semangat yang mendefinisikan kita, demi perjuangan dan tanah air kita. Apa yang menanti pada 2025 adalah monumental!

“Mereka yang berusaha melemahkan kita telah gagal menundukkan kekuatan rakyat yang tidak dapat dipadamkan,” katanya.

Beliau menggesa penyokongnya untuk terus berjuang mempertahankan hak dalam proses demokrasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan