Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas jatuh gaung sedalam kira-kira 40 meter ketika mengutip buah durian di Kampung Patos, Jalan Padawan, Siburan, petang tadi. Foto JBPM

Lelaki jatuh gaung ketika kutip durian

SIBURAN, 29 Dis: Seorang lelaki cedera selepas jatuh gaung sedalam kira-kira 40 meter ketika mengutip durian di Kampung Patos, Jalan Padawan di sini, petang tadi.

Komander Operasi Shaiful Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.20 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dan sembilan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa untuk dibawa naik ke tempat selamat.

“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan mengalami kecederaan di bahagian muka dan mata sebelah kiri serta mengadu pening kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan operasi memasang cervical collar serta menstabilkan kedudukan mangsa untuk di pindahkan menggunakan pengusung.

“Pengoperasian dibantu oleh PBS Simpok. Mangsa berjaya dinaikkan dan diserah kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan