Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Perwakilan PBB Cawangan Lambir

Lebih banyak pusat peranginan dibangunkan di Miri

MIRI, 29 Dis: Lebih banyak tempat peranginan akan dibangunkan di kawasan menuju Taman Negara Guah Niah dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia sekali gus akan menjana pendapatan kepada penduduk yang terlibat dalam industri pelancongan.

Menurutnya, beliau menerusi kementeriannya akan membantu meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.

“Penduduk Miri bertuah kerana mempunyai dua tapak warisan UNESCO iaitu Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah.

“Kita akan promosi di luar negara supaya lebih ramai orang akan datang. Beri tempoh lima hingga 10 tahun.

“Lebih banyak pusat peranginan akan dibangunkan di kawasan ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Perwakilan PBB Cawangan Lambir di sini, hari ini.

Selain itu menurutnya, industri pelancongan di kawasan utara Sarawak termasuk Lambir dan Bekenu mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

“Lebih ramai pelancong akan datang ke Miri apabila syarikat penerbangan milik Sarawak memulakan operasinya pada tahun depan.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan