Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pengurus Besar LCDA, Kusyairi Bostani menyerahkan replika cek kepada penduduk Kampung Salak. Foto LCDA

LCDA bantu baiki laluan kayu belian Kampung Salak

KUCHING, 29 Dis: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Salak menganjurkan Program Gotong-Royong melibatkan 50 penduduk di Kampung Salak hari ini.

Bahagian Hal Ehwal Korporat LCDA dalam kenyataan berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan LCDA Prihatin 2024 untuk memperbaiki titian atau laluan kayu belian bagi kegunaan serta keselesaan penduduk kampung yang rosak dan reput akibat cuaca buruk serta penggunaan yang kerap.

“Selari dengan tema #LCDAprihatin 2024 yang menerapkan nilai keprihatinan di kawasan projek LCDA dan anak syarikat LCDA sekali gus bertujuan untuk memupuk nilai kerjasama di antara kedua – dua belah pihak melalui program
gotong – royong pada hari ini.

“Di samping itu, simbolik penyerahan replika cek sumbangan daripada LCDA untuk program ini juga turut dilaksanakan
Pemangku Pengurus Besar LCDA, Kusyairi Bostani setelah selesai sesi bergotong – royong,” menurut kenyataan itu.

LCDA akan meneruskan program CSR di Kampung Salak pada tahun 2025 dengan pengisian program yang lebih fokus ke arah pendidikan dan keceriaan kampung tersebut.

Program tersebut dihadiri Penghulu Kawasan Salak Wahid Mat, Ketua Kampung (KK) Kampung Salak, Ismail Kahaid, pegawai LCDA dan penduduk Kampung Salak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan