Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Ahad memaklumkan bahawa unit penyiasatnya berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam dari pesawat yang terhempas, menyebabkan sekurang-kurangnya 167 maut, lapor Xinhua. Foto AFP

Korea Selatan berjaya peroleh kotak hitam dari pesawat terhempas

ByBernama

SEOUL, 29 Dis: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Ahad memaklumkan bahawa unit penyiasatnya berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam dari pesawat yang terhempas, menyebabkan sekurang-kurangnya 167 maut, lapor Xinhua.

Seorang pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung memaklumkan bahawa perakam data penerbangan dan perakam suara telah diperoleh untuk menyiasat punca sebenar kemalangan.

Pesawat yang membawa 175 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer barat daya ibu negara Seoul, sekitar 9.07 pagi waktu tempatan (0007 GMT) pada Ahad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan