Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad (tengah) bergambar bersama kontinjen Sabah yang memenangi johan keseluruhan kategori Battle of The Bands pada Majlis Penutupan Festival Anak Seni Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2024 di Panggung Bangsawan Melaka di Jalan Hang Tuah di sini hari ini. Foto Bernama

Kementerian Perpaduan Negara perkukuh keharmonian menerusi kerjasama antara agensi

ByBernama

MELAKA, 29 Dis: Kementerian Perpaduan Negara mengambil pelbagai langkah proaktif dalam menyebarluaskan wadah perpaduan nasional termasuk dalam anggota kerajaan melalui kerjasama penganjuran program antara jabatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata ia seiring dengan visi dan misi kementerian, iaitu sebagai peneraju perpaduan yang inklusif ke arah kemakmuran bersama.

“Pendekatan ini boleh dilakukan dengan membangunkan kerjasama strategik dan sinergi antara agensi bagi penganjuran program bersama selaras dengan konsep Integrated Strategy yang memberikan fokus kepada idea whole-of-government membabitkan integrasi antara jabatan kerajaan.

“Langkah ini dapat meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Festival Anak Seni Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2024 di Panggung Bangsawan Melaka di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi program seumpama itu juga, dilihat dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap unsur patriotisme, pembangunan komuniti dan keunikan warisan budaya bangsa.

Festival yang bermula pada 26 Dis dan berakhir hari ini disertai hampir 700 orang daripada 18 badan gabungan MAKSAK dengan tiga acara utama dipertandingkan, iaitu Nyanyian Lagu Asli, Tarian Rampaian dan Battle of The Bands. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan