Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Joshua (lima kanan) bersama ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Kelab Alumni SMK Sibu Jaya merakam gambar kenangan. Foto: TVS

Kejayaan alumni harus jadi inspirasi kepada pelajar sekolah

SIBU, 29 Dis: Kejayaan alumni sekolah menjadi cerminan kepada generasi kini dan akan datang bahawa pendidikan adalah kunci kepada kejayaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, alumni adalah contoh kepada pelajar masa kini bahawa apa yang dicapai di sekolah boleh menjadi asas kepada pencapaian lebih besar di masa hadapan.

“Teruskan melakar kejayaan dalam apa jua bidang diceburi dan setiap kejayaan anda pasti menjadi kebanggaan kita semua, serta memberi inspirasi kepada yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying pada Majlis Makan Malam Kelab Alumni SMK Sibu Jaya di Sibu pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Tiong memuji peranan SMK Sibu Jaya yang bukan sekadar sebuah institusi pendidikan tetapi juga tempat banyak insan berjaya dilahirkan, bakat digilap dan masa depan cerah dibentuk.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, saya sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan dalam membangunkan masa depan anak- anak kita.

“Sekolah seperti SMK Sibu Jaya adalah aset penting dalam masyarakat kerana ia bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum tetapi juga membentuk sahsiah diri yang kukuh.

“Saya komited untuk terus menyokong segala usaha yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan infrastuktur sekolah di kawasan ini,” ujarnya.

Menurutnya, pembangunan komuniti yang berterusan memerlukan kolaborasi semua pihak dan dengan sokongan alumni, ibu bapa serta masyarakat, SMK Sibu Jaya akan terus maju dan cemerlang.

“Kepada generasi muda yang sedang menuntut di SMK Sibu Jaya, teruskan belajar dengan penuh dedikasi dan semangat.

“Anda semua adalah harapan masa depan kita. Ikuti jejak langkah alumni yang berjaya dan gunakan pengalaman serta ilmu yang diperoleh di sekolah ini sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, dana sebanyak RM10, 000 diperuntukman Tiong untuk kegunaan kelab alumni SMK Sibu Jaya.

Sementara itu, pengerusi kelab, Gibson Tommy berkata, dana tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu aktiviti kelab serta memberikan sokongan kepada program yang memberi manfaat kepada pelajar di sekolah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan