Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan DBKU, Dato Grunsin Ayom menghadiri perasmian Pameran International Uptown Cat-X 2024. Foto DBKU

DBKU anjur Pameran International Uptown Cat-X 2024

KUCHING, 29 Dis: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Pameran International Uptown Cat-X 2024 selama tiga bulan mulai semalam hingga 31 Mac 2025.

DBKU dalam kenyataannya berkata, pameran yang berlangsung di Galeri A Muzium Kuching itu mempamerkan lukisan kontemporari berkaitan dengan haiwan kucing dan keluarga kucing.

“Ia bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada penggiat seni lukis untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti mereka dalam bentuk karya seni yang bertemakan kucing,” menurut kenyataan itu.

Turut diadakan ialah Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Karya Seni yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Peserta Tempatan Sarawak dan Jemputan Antarabangsa.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan DBKU Dato Grunsin Ayom.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan