ZAGREB, 29 Dis: Croatia pada Ahad memilih presiden baharu dengan penyandangnya Zoran Milanović dijangka calon pilihan utama untuk menang, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kira-kira 3.8 juta rakyat layak mengundi di negara Balkan itu, yang merupakan ahli Kesatuan Eropah.
Tinjauan terkini menunjukkan Milanović jauh mendahului pesaingnya, namun mungkin gagal memperoleh lebih 50 peratus undi, menjadikan pusingan kedua pilihan raya pada 12 Januari hampir pasti.
Sepanjang tempoh lima tahun beliau memegang jawatan, beliau berjaya menarik sokongan pengundi sayap kanan menerusi retorik populisnya.
Kajian turut menunjukkan calon dari Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) Dragan Primorac, dijangka mara ke pusingan kedua.
Keputusan dijangka diumumkan pada lewat petang Ahad. – TVS