Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu. Foto China Railway

China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia

ByBernama

BEIJING, 29 Dis: Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.

CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450 km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.

Model baharu ini jauh lebih pantas berbanding kereta api laju CR400 Fuxing yang sedang beroperasi, dengan kelajuan perkhidmatan 350 km/j.

China Railway akan menjalankan siri ujian laluan untuk prototaip ini dan mengoptimumkan penunjuk teknikalnya bagi memastikan CR450 dapat memasuki perkhidmatan komersial secepat mungkin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan