Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: JBPM Selangor

Benteng takungan air sebelah Taman Sri Alam pecah, tiada kemalangan jiwa

ByBernama

SHAH ALAM, 29 Dis: Benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.15 petang.

“Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di kawasan itu, didapati paras air di kawasan taman berkenaan adalah pada ketinggian satu kaki.

“Ekoran itu, kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas telah dijalankan bersama PBS Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata ketika ini air telah surut, namun kerja pemantauan sedang dilakukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan