Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RITJ 2024 berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 Disember dan untuk rekod ia merupakan konsert pertama yang diadakan di tengah hutan menggabungkan seni muzik dan keindahan alam. Foto: Azpa (TVS)

Rock In The Jungle 2024 membuka tirai hari ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Dis: Rock In The Jungle (RITJ) 2024 membuka tirainya hari ini.

Ribuan peminat dari dalam dan luar negara hadir memenuhi Kampung Budaya Sarawak untuk menyaksikan persembahan artis rock tempatan, Indonesia dan Singapura.

RITJ bermula seawal jam 2 petang dengan kumpulan rock tempatan melakukan persembahan di Pentas Pancaindera yang memberi mereka ruang untuk menonjolkan bakat kepada penonton.

Antara artis yang melakukan persembahan pada jam 2 petang tadi termasuk Automatic The Remote, Kajor, Narrathief, Clockwise dan Space Bird.

Seterusnya persembahan sebelah malam dimulakan dengan JS Boys seawal 7 malam seterusnya Criss X, XPDC, Jemson dan diakhiri oleh Sweet Charity pada jam 10:40 malam.

RITJ 2024 dianjurkan oleh Authentic Ideas & Events Enterprise dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Tourism Malaysia.

RITJ 2024 berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 Disember dan untuk rekod ia merupakan konsert pertama yang diadakan di tengah hutan menggabungkan seni muzik dan keindahan alam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan