KUCHING, 28 Dis: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan upacara menanam pokok Cempaka Kuning sebagai simbolik lawatan beliau ke Taman Tasik Titiwangsa semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Wan Junaidi turut mengadakan lawatan ringkas ke kemudahan rekreasi serta kawasan sekitar taman tasik tersebut.
Menurut Fadillah, Wan Junaidi juga diberi taklimat ringkas mengenai Taman Tasik Titiwangsa yang dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif.
Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, yang diiringi oleh isteri Fadillah Yusof, Datin Sri Ruziah Mohd Tahir. – TVS