Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumaat Ibrahim berharap agar sukan muaythai dapat dimasukkan dalam acara yang akan dipertandingkan pada Sukan Borneo akan datang.

Persatuan Muaythai Sarawak harap muaythai dipertandingkan di Sukan Borneo

BySaibi Gi

KUCHING, 28 Dis: Presiden Persatuan Muaythai Sarawak, Jumaat Ibrahim berharap agar sukan muaythai dapat dimasukkan dalam acara yang akan dipertandingkan pada Sukan Borneo akan datang.

Menurutnya, para atlet muaythai Sarawak sentiasa bersiap sedia untuk menyertai kejohanan besar seperti itu.

“Kita meminta kerajaan agar mempertimbangkan untuk memasukkan sukan ini dalam senarai acara Sukan Borneo.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan organisasi muaythai di Kalimantan, Labuan, Brunei, dan Sabah. Saya percaya kerjasama ini akan memacu pembangunan sukan muaythai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai persiapan atlet, Jumaat berkata latihan dan penyertaan di luar negara membuahkan kejayaan kepada atlet-atlet muaythai Sarawak .

Hasil daripada usaha tersebut, pasukan muaythai Sarawak telah muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa atlet kita mampu bersaing di peringkat tertinggi dan dengan adanya platform seperti Sukan Borneo, kita dapat terus mempromosikan sukan ini serta melahirkan lebih ramai juara,” katanya.

Jumaat Ibrahim dengan penaja bersama dan juri Pentas Eden Idol.

Dalam perkembangan lain, Jumaat adalah salah seorang penaja pertandingan karaoke Pentas Eden Idol 2024 yang diadakan pada malam tadi.

Seramai 29 peserta berbakat berusia 50 tahun ke atas merebut tempat ke peringkat akhir.

Pada malam ini, pertandingan bagi peserta berusia 18 hingga 50 tahun akan diadakan.

Peringkat akhir Eden Idol 2024 akan berlangsung pada 31 Disember.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan