Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Foto media sosial

Pergaduhan di stesen LRT: Beberapa individu lain akan ditahan – Polis

ByBernama

JEMPOL, 28 Dis: Polis akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini, lapan individu berusia antara 20 hingga 24 tahun telah ditahan hasil pengecaman wajah dan gambar menerusi video tular.

“Kita sedang melengkapkan siasatan dan akan menjejaki beberapa individu lain. Berdasarkan rakaman yang jelas, Insya-Allah kita akan buat tangkapan. Jika terdapat gambar yang tidak dapat dikenal pasti, kita akan keluarkan kenyataan media untuk meminta bantuan orang ramai.

“Arahan saya jelas, tangkap semua yang terlibat dalam insiden ini, terutamanya mereka yang mencetuskan pergaduhan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Lelaki/Wanita Siri 1/2024 yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Pada 21 Dis lepas, polis mengesan satu video tular memaparkan kejadian pergaduhan tersebut di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling.

Insiden itu melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah serta menendang pintu tren hingga mengakibatkan kerosakan yang menyebabkan pihak Prasarana Malaysia Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Rusdi berkata pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan, termasuk di sekitar KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, serta kawasan-kawasan lain di ibu negara sempena sambutan Tahun Baharu.

“Persediaan ini telah dilakukan sejak sebelum sambutan perayaan Krismas lagi. Sudah tentu ramai yang akan hadir untuk sambutan tersebut, dan keadaan mungkin menjadi sesak. Oleh itu, kita meminta orang ramai untuk mematuhi peraturan yang ada, selain kita juga menambah jumlah anggota polis yang berkawal di kawasan tumpuan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan