KUCHING, 28 Dis: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Batu 8 Jalan Matang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, penunggang motosikal berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu kenderaan Toyota Camry telah melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya, pihak polis meminta agar orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan, Inspektor Muhammad Azim
di talian 011-36172665 atau 082862233.-TVS