KUCHING, 28 Dis: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok bagi sesi 2024 hingga 2027 bakal memfokuskan kepada tiga perkara penting yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan aspek pendidikan, pembangunan dan kebajikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki berkata, pihaknya akan mengutamakan isu pendidikan dengan memastikan bidang pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus didedahkan kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah.
Menurutnya, lebih banyak karnival STEM bakal dilaksanakan seperti yang dilakukan sebelum ini dimana ianya telah berjaya menarik minat lebih 2000 penyertaan.
“Kami akan memberi lebih tumpuan kepada pendidikan di mana ianya sangat-sangat penting dan segalanya kita akan terus mengangkat taraf pendidikan di kawasan kita bermula dari sekolah rendah di mana kita akan cuba fokus pada mendidik sekolah rendah tentang menggalakkan STEM.
“Dan mungkin kami akan menganjurkan lebih banyak karnival yang kami lakukan dengan jayanya awal tahun ini dimana karnival STEM terdapat lebih 2,000 hingga 3,000 orang yang telah menyertai,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita N8 Satok Sesi 2024-2027 di Kuching pada Sabtu.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Pusat Inovasi Digital berdekatan pusat Khidmat PBB Cawangan Satok, beliau memaklumkan bahawa kelulusan projek bernilai RM2.6 Juta tersebut baru sahaja diperolehi dan pelaksanaan dijangka bermula pada tahun 2025 dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.
Tambahnya, pelbagai fasiliti bakal disediakan di pusat inovasi digital tersebut antaranya kemudahan-kemudahan seperti bilik persidangan, bilik mesyuarat, bilik seminar dan beberapa pejabat termasuk termasuk fasiliti lainnya yang akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat.
“kami baru sahaja mempunyai kelulusan untuk melaksanakannya dan kami juga sudah mempunyai bajet juga jadi ia bakal dimulakan awal tahun depan 2025 dan akan mengambil masa diantara 12 hingga 15 bulan untuk menyelesaikannya secara keseluruhan.
“Tempat ini nanti akan dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti bilik persidangan, bilik mesyuarat, bilik seminar, beberapa pejabat dan fasiliti lain yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat,” jelasnya. -TVS