Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki melakukan simbolik perasmian semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan, Pergerakan Pemuda Dan Pergerakan Wanita N8 Satok Sesi 2024 -2027 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

PBB Cawangan Satok cemerlang sepanjang 2022 hingga 2024

KUCHING, 28 Dis: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N8 Satok Sesi berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat sepanjang sesi 2022 hingga 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, banyak cabaran yang bakal dihadapi jawatankuasa baharu untuk sesi 2024-2027 dan semua pihak perlu memainkan peranan menjayakan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Menurutnya, sokongan dan kerjasama berterusan perlu diberikan oleh semua warga PBB yang juga salah satu tulang belakang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah banyak memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) dasar ekonomi baru, dasar kebajikan, pendidikan dan lain-lain lagi.

“Ketika ini kerajaan GPS di mana tulang belakang dan tonggaknya adalah PBB di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Jo kita amat kuat dan cemerlang dan beliau telah laksanakan telah memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat Sarawak beliau telah membuka jalan untuk kita semua dalam dan anak-anak kita.

“Melalui PCDS dasar ekonomi baru, dasar kebajikan, pendidikan dan lain-lain lagi jadi saya menyeru dan menggesa agar kita terus memainkan peranan bagi menjayakan dasar-dasar yang amat berhormat Premier yang kita sayangi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan, Pergerakan Pemuda Dan Pergerakan Wanita N8 Satok Sesi 2024 -2027 di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, perpaduan parti PBB hendaklah dijaga dengan memastikan tidak berlaku perebutan jawatan sebaliknya memastikan matlamat utama adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ujarnya lagi, sebagai komponen penting dalam GPS perpaduan serta disiplin perlu dijaga dan mengelakkan berlakunya kucar-kacir diantara sesama sendiri.

“Sebab itu kita mesti kerja kuatlah mengumpulkan perpaduan kita disiplin kita kita jangan kucar kacir sesama sendiri ini sebab PBB amat kuat kita adalah tulang belakang kepada GPS,

“Jika apa-apa terjadi pada PBB, GPS pun akan luka juga dan PBB tidak boleh buruk tidak akan dapat dikocak, selagi kita perpaduan kuat, disiplin kita kuat,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan