Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64 bapa kepada Allahyarham Khairul Izwan Mazupi, 32. Foto fail Bernama

Nahas KM204: Kesihatan dua beradik semakin pulih – Datuk

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.

Perkara itu dimaklumkan datuk kepada kedua kanak-kanak itu, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Mereka berdua kini stabil dan menunggu proses penyembuhan serta akan meneruskan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik Hospital Serdang dan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, masih bersedih selepas mengetahui tentang pemergian ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.

Mengenai persekolahan, Mazupi berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea Humaira hanya akan bersekolah selepas disahkan sembuh sepenuhnya oleh pakar perubatan.

“Segala urusan persekolahan akan diteruskan selepas disahkan sembuh oleh doktor di tempat mereka jalani rawatan susulan dan urusan sekolah di bawah kendalian saya,” katanya

Rabu lepas, Muhammad Uwais menjalani pembedahan di bahagian paha kanan manakala Nur Sofea Humaira di paha kiri, di Hospital Melaka dan telah dibenarkan pulang petang tadi.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam nahas meragut nyawa lima ahli keluarganya iaitu ibu bapa Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, adik bongsu Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan