Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 yang memasuki edisi ketiga berjaya menarik minat bukan sahaja atlet tempatan malah luar negara. Foto: Media Sosial (FB)

Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 tarik minat peserta luar negara

ByBernama

AMPANG, 28 Dis : Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 yang memasuki edisi ketiga berjaya menarik minat bukan sahaja atlet tempatan malah luar negara.

Penganjur kejohanan Fairul Ezly Ramli berkata antara negara yang mengambil bahagian kali ini adalah Afghanistan, Iran dan Kemboja bagi merebut lima tali pinggang yang ditawarkan.

“Kejohanan tahun ini sedikit berbeza dari edisi sebelum ini kerana kita adakan secara tertutup. Kali ini kita juga berjaya membawa atlet dari luar negara.

“Seramai 92 peserta akan terbabit bagi kejohanan ini melibatkan 80 atlet amatur dan 12 profesional,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, atlet muay thai dari kelab Hallofight Lab Muhammad Afif Farhan Mohd Fazli, 19, berkata dia teruja untuk bertanding pada pertarungan profesional keenam bagi merebut tali pinggangnya yang pertama.

“Saya memang sudah berlatih dengan keras bagi menghadapi kejohanan. Harap segala sakit semasa latihan membuahkan hasil pada perlawanan esok,” katanya.

Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 dijadualkan berlangsung di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang esok dengan majlis akan dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Abdul Munim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan