Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi. Foto Polis Daerah Maran (FB)

Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur

ByBernama

KUANTAN, 28 Dis: Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan berkenaan dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

“Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan