Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan susulan ke atas lokasi kejadian. - BBP Bintangor.

Dua hero selamatkan Rumah Mimis

BINTANGOR, 28 Dis : Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan rumah panjang mereka daripada musnah dalam kebakaran di Rumah Mimis, Jalan Pakan Engkamop, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan kebakaran sebuah bilik kecil dan bahagian siling rumah berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Mijan Pamin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 11.41 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Kita tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 62 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor itu pada jam 1.20 tengah hari.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran berjaya dipadam dua penduduk, Ignatius Guma Angking, 31, dan rakannya, Simon Sumping Balai, 26,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, dua hero itu sedang berehat sebelum terdengar jiran mereka meminta pertolongan.

Katanya, mereka dengan pantas memecah bahagian siling sebelum bertindak memadam api menggunakan alat pemadam mudah alih.

“Pada masa sama, kita berkesempatan menyampaikan ceramah ringkas berkaitan pencegahan kebakaran kepada penghuni rumah panjang berkenaan.

” Kita juga melakukan pemeriksaan dan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan