Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi, Khamis dan meninggalkan seorang balu, Gursharan Kaur serta tiga anak perempuan. Foto fail AFP

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan

ByBernama

NEW DELHI, 28 Dis: Bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh telah menunjukkan komitmen terhadap keamanan serantau, menurut Pakistan.

Singh yang dilahirkan pada 1932 di sebuah kampung di daerah Chakwal, Pakistan berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari 2004 hingga 2014 dan dipuji kerana membuka ekonomi India yang dikawal oleh kerajaan pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

“Di sebalik pencapaian luar biasa beliau dalam bidang ekonomi, Singh menunjukkan komitmen untuk mempromosikan keamanan serantau. Pendekatannya terhadap isu serantau mencerminkan kepercayaannya bahawa persefahaman bersama, dialog dan kerjasama adalah penting untuk kemajuan kolektif.

“Beliau memainkan peranan penting dalam memperbaiki hubungan dua hala Pakistan-India semasa menjadi Perdana Menteri. Rakyat dan Kerajaan Pakistan mengucapkan takziah kepada keluarga Manmohan Singh serta rakyat dan Kerajaan India,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar pada Jumaat.

Singh dikenang kerana sikap mesra, merendah diri, dan inteleknya selepas pemergiannya di New Delhi pada Khamis pada usia 92 tahun.

Mendiang yang mengetuai kerajaan gabungan pimpinan Parti Kongres, bertemu pemimpin Pakistan beberapa kali semasa menjadi perdana menteri.

Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi, Khamis dan meninggalkan seorang balu, Gursharan Kaur serta tiga anak perempuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan