Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan. Foto fail AFP

Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan – UNRWA

ByBernama

NEW YORK, 28 Dis: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Pada masa yang sama, selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain telah tersekat di rantau itu selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza,” tambah Lazzarini dalam satu hantaran di platform X.

Beliau menyeru penghantaran segera bekalan asas yang sangat diperlukan, termasuk bekalan untuk musim sejuk sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan