Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang membantu menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Limbang. Foto APM Limbang

APM selamat lelaki jatuh ke sungai Limbang

LIMBANG, 28 Dis: Seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai sempat berpaut di tebingan sungai sebelum diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang berhampiran Dataran Amphitheater Limbang malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berubung insiden itu jam 7.46 malam.

Menurutnya, mangsa lelaki berumur 39 tahun itu didapati terjatuh ke dalam sungai sedalam paras pinggang dan dalam keadaan berpaut di tebingan sungai.

“Pasukan kita melakukan pengoperasian menyelamatkan mangsa dengan bantuan bot orang kampung dan mangsa berjaya diselamatkan.

“ Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Operasi berkenaan ditamatkan jam 8.15 malam. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan