Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lucas (dua kanan) bersama kakitangan MTPN Cawangan Sibu menunjukkan laporan kejadian dan invois jualan langsung berkenaan serta bukti-bukti lain. Foto TVS

Wanita di Sibu rugi RM9,000, dipaksa beli ‘korset’

SIBU, 27 Dis: Seorang wanita kerugian hampir RM9,000 selepas terpedaya dengan taktik jualan langsung baju korset oleh ejen jurujual di sini.

Kejadian itu bermula apabila wanita tersebut tertarik dengan iklan percubaan percuma baju korset yang dikongsi oleh seorang pempengaruh tempatan di media sosial yang dilihat meyakinkan.

Menurut Pengerusi MTPN Cawangan Sibu, Lucas Lau, mangsa bersetuju untuk mencuba baju ‘korset’ tersebut setelah terpengaruh dengan iklan yang menjanjikan memberi kesan luar biasa dengan sekali pemakaian.

“Temu janji antara mangsa dan ejen jurujual telah dibuat oleh pempengaruh tersebut bagi tujuan percubaan percuma yang ditawarkan.

“Namun, setelah mencubanya, mangsa didesak untuk membeli korset tersebut tanpa mengetahui harga sebenar.

“Mangsa hanya menyedari jumlah sebenar yang perlu dibayar selepas menerima invois berjumlah hampir RM9,000 pada hari yang sama,” katanya pada sidang media hari ini.

Lucas Lau berkata mangsa merasa buntu dan kecewa dengan layanan tidak adil menjadikan dia bertindak membuat aduan kepada MTPN.

“MTPN telah menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada 13 Disember lalu dan telah membantu mangsa membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui e-KPDN pada 24 Disember lalu.

“Pihak MTPN juga merujuk invois jualan langsung berkenaan beserta bukti-bukti lain untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai agar memahami Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500) untuk melindungi hak mereka sebagai pengguna.

“Pengguna mempunyai hak untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga kompetitif dan dengan jaminan kualiti,” tegasnya.

MTPN turut menggesa pengguna yang teraniaya agar membuat aduan segera bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan