Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto fail TVS

Tiada sebarang keputusan mengenai tarif elektrik Semenanjung sehingga kini – Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tempoh hari.

“Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seperti yang dimaklumkan sebelum ini, PETRA bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka untuk dilaksanakan bermula pada Julai 2025.

Fadillah berkata semakan terhadap tarif asas elektrik dilaksana disebabkan terdapat keperluan untuk meneliti semula harga bahan api, terutamanya arang batu dan gas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan