Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teater Muzikal Sudirmania yang mula membuka tirainya malam ini hingga 29 Disember 2024 bakal menghidangkan sebanyak  17 buah lagu Allahyarhman Dato’ Sudirman Haji Arshad di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Teater Muzikal Sudirmania buka tirai malam ini

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Teater Muzikal Sudirmania yang mula membuka tirainya malam ini hingga 29 Disember 2024 bakal menghidangkan sebanyak  17 buah lagu Allahyarhman Dato’ Sudirman Haji Arshad di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Antara lagu penyanyi lagenda itu yang akan didendangkan adalah seperti Hujan, Jauh Di Sudut Hati, Mat Disko, Aku Penghiburmu, Hilang Berganti, Tanah Pusaka, Basikal Tua, Pulang Dari Kilang, Aku Penganggur, Milik Siapakah Gadis Ini dan banyak lagi.

Pementasan teater itu dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER) dan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Sudirman Asset Management dan Revolution Stage.

Menurut satu kenyataan, pementasan itu bertujuan untuk mengetengahkan karya-karya seni dan sastera negara serta mempergiatkan persembahan teater warisan dalam kalangan remaja, belia dan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya.

“Teater muzikal ini dapat membantu dalam penyemarakkan seni budaya dalam bidang teater dan muzik, terutama usaha untuk mengangkat lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad melalui olahan teater muzikal yang digarap supaya ianya terus ‘malar segar’.

Selain daripada itu, Siri Karya Agung ini akan menjadi salah satu platform kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya untuk berkarya dengan lebih kreatif dan sudut pandang yang berbeza,” catat kenyataan berkenaan.

Teater Muzikal Sudirmania, karya dan arahan Khairunazwan Rodzy akan dibintangi oleh Fimie Don, Amirul Affendi, Putri Khareeza, Khayrisya Kemal, Kirin Muhd dan ramai lagi.

Difahamkan Teater Muzikal Sudirmania adalah penterjemahan dari lagu-lagu nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman menjadi naskhah pementasan yang telah digarap kemas menjadi jalan kisah di zaman kegemilangannya.

Lagu-lagu yang dipilih akan diolah menjadi sebuah cerita yang bertemakan kehidupan remaja, dewasa dalam gelombang percintaan. Sudirmania adalah gabungan empat kisah yang menjadi satu kronologi cerita yang mengisahkan tentang masyarakat yang meminati Sudirman sehingga menjadikan lagu-lagunya sebagai semangat hidup.

Sebelum ini teater berkenaan pernah dipentaskan di Menara MARA, Kuala Lumpur (2013), Istana Budaya (2014), dan Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang, Kuala Lumpur (2021) dan pada tahun ini merupakan kali ke empat pementasan Teater Muzikal Sudirmania dilaksanakan.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan Teater Muzikal Sudirmania di Panggung Bandaraya (DBKL) Jalan Raja, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut dan tiket, boleh hubungi RS di talian 017- 877 1901. Boleh juga melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan