Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana atas subsidi berjumlah RM161.7 juta. Foto Sabah Electricity

Sabah Electricity terima RM161.7 juta, subsidi dari Kerajaan Persekutuan

KOTA KINABALU, 27 Dis: Sejumlah RM161.7 juta bayaran subsidi diterima Sabah Electricity daripada Kerajaan Persekutuan untuk menampung Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) tahun 2024.

Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, jumlah itu adalah bayaran menggantikan semula wang yang dibelanjakan Sabah Electricity untuk menampung kos ICPT.

“Jumlah itu merupakan bayaran bagi menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana prihatin mendengar keperluan dan permohonan kita sekali gus membolehkan Sabah Electricity terus dapat beroperasi membekalkan bekalan tenaga di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pada November lalu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dalam Persidangan Parlimen Dewan Rakyat telah membangkitkan kebimbangan bahawa Sabah mungkin bergelap semasa sambutan Krismas dan menjelang sambutan Tahun Baru sekiranya kerajaan tidak membuat pembayaran subsidi tersebut.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah yang juga memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta kepada Sabah Electricity.

“Seperti yang telah diumumkan Ketua Menteri pada 20 Disember 2024, pengecualian surcaj ICPT telah dipersetujui untuk diteruskan bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.

“Untuk tujuan ini, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan 50.9 juta untuk membantu meringankan beban pengguna.

“Selaku Pengerusi Sabah Electricity saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Kerajaan Sabah atas keprihatinan dan pemberian subsidi ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan