Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejarah baharu tercipta apabila Rock In The Jungle (RITJ) bakal mengegarkan tanah air dengan konsert rock pertama yang diadakan di tengah hutan, menggabungkan seni muzik dan keindahan alam semula jadi dalam satu pengalaman luar biasa. Foto TVS

RITJ: Konsert rock pertama dalam hutan

ByShafik Ahmad

KUCHING, 27 Dis: Sejarah baharu tercipta apabila Rock In The Jungle (RITJ) bakal mengegarkan tanah air dengan konsert rock pertama yang diadakan di tengah hutan, menggabungkan seni muzik dan keindahan alam semula jadi dalam satu pengalaman luar biasa.

Menghimpunkan legenda rock tanah air seperti Wings, XPDC, Candy, Sweet Charity dan banyak lagi, RITJ menampilkan kelainan yang jarang diterokai.

Berlangsung di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, konsert ini bukan hanya sekadar acara hiburan, tetapi juga sebuah seruan untuk menjaga alam sekitar dalam suasana yang unik dan mendalam.

Pengurus Acara RITJ, Zaini Zainuddin berkata ia merupakan kali pertama konsert rock dengan tema yang berbeza.

“Kebiasaannya, konsert diadakan di stadium besar, namun kali ini kami mahu tampil berbeza dan memberi pengalaman yang lebih dekat dengan alam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘meet & greet’ bersama artis RITJ di Kampung Budaya Sarawak di sini pada Jumaat.

Pihaknya menjangkakan kira-kira 6,000 pengunjung sepanjang dua hari konsert itu berlangsung dari 28 hingga 29 Disember ini.

Tiket boleh didapati di pintu masuk utama dengan harga RM188 untuk sehari selain menawarkan harga istimewa untuk pelajar institut pengajian tinggi dengan hanya RM50.

Sementara itu, dengan sambutan yang luar biasa dan penuh tenaga, Penganjur RITJ, Nawawi Bujang jmengungkapkan harapan besar untuk menjadikan festival unik ini acara tahunan di Sarawak bermula September tahun depan, menjanjikan lebih banyak kejutan rock yang bakal memukau hati ribuan peminat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan