Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya pada 23 Feb, tujuh bulan lebih awal daripada perancangan asal. Foto AFP

Presiden Jerman bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada 23 Feb

ByBernama

BERLIN, 27 Dis: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya pada 23 Feb, tujuh bulan lebih awal daripada perancangan asal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Keputusan Steinmeier pada Jumaat itu dijangka susulan kejatuhan gabungan tiga parti Canselor Olaf Scholz pada November lepas dan kegagalan undi keyakinan terhadap pemerintahannya pada 16 Dis.

Pemimpin parlimen Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Scholz dan Parti Demokratik Kristian (CDU) konservatif telah bersetuju mengenai tarikh pilihan raya Februari itu.

Artikel 39 Undang-Undang Asas Jerman atau perlembagaan, menetapkan bahawa pilihan raya baharu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas undi percaya.
Scholz menghadapi cabaran sukar untuk dipilih semula. Dalam tinjauan pendapat terkini, CDU mendahului SPD dengan kelebihan sekitar 10 mata.

Steinmeier pada Jumaat menekankan bahawa kestabilan politik adalah aset berharga di Jerman, sambil menyifatkan pembubaran Bundestag dan pilihan raya awal sebagai pengecualian kepada peraturan itu.

“Terutamanya dalam masa-masa sukar seperti sekarang, kestabilan memerlukan kerajaan yang mampu bertindak dan majoriti yang boleh dipercayai di Parlimen,” kata presiden itu ketika menjelaskan keputusannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan