Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan (tiga, kanan) menunjukkan barangan rampasan pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini. Foto Bernama

Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta

ByBernama

SERDANG, 27 Dis: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata ia terdiri 353,400 unit barang kes membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023.

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 168 unit komputer riba, 59 unit tablet, 32 modem dan router, 14 mesin simulator dan 612 lain-lain unit barang kes manakala barangan kontraban pula terdiri 352,515 kotak pelbagai jenama rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini yang turut dihadiri Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Anbalagan berkata pelupusan itu dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes yang mendatang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan