Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kenderaan pelbagai guns(MPV) Toyota Ipsum yang sedang dibaiki terbakar di Lorong Ulu Sungai Merah di Sibu malam tadi. Foto JBPM

MPV sedang dibaiki terbakar di Sibu

SIBU, 27 Dis: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Ipsum yang sedang dibaiki terbakar di Lorong Ulu Sungai Merah di sini, pada Khamis.

Komander Operasi, Mohamad Mafri Badul Latip berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.10 tengah malam dengan menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Toyota Ipsum yang dalam pembaikan telah terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal serta memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan