Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
umlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. Foto hiasan Envato

Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan

ByBernama

PUTRAJAYA, 27 Dis: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME51.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME51 adalah sebanyak 121,082 kes berbanding 120,418 kes bagi tempoh sama pada 2023.

“Terdapat 116 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 96 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME51 ialah 18 lokaliti berbanding 27 pada minggu sebelumnya.

Daripada 18 lokaliti dilaporkan katanya, sembilan adalah di Selangor, Negeri Sembilan (empat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga) manakala masing-masing satu di Pahang dan Pulau Pinang.

Beliau berkata pergerakan masyarakat yang meningkat bersempena dengan musim cuti kini juga akan menyebabkan penyebaran jangkitan denggi menjadi mudah, justeru sangat penting untuk memastikan kawasan persekitaran bebas daripada tempat pembiakan nyamuk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan