Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan semasa ditemui media semasa menanti ketibaan Abdul Latif Maxzakir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Kejayaan atlet silat Sarawak noktahkan penantian Malaysia menangi kejohanan dunia

KUCHING, 27 Dis: Kejayaan dua atlet silat Sarawak, Abdul Latif Maxzakir dan Ummi Mashitah Hassan pada Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-20 2024 di Abu Dhabi menoktahkan penantian Malaysia memenangi kejohanan dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan menyifatkan kejayaan itu juga antara detik yang dinantikan oleh arena sukan silat di negeri ini.

“Ia suatu pencapaian yang hebat setelah menanti selama dua dekad dan akhirnya berjaya dicapai oleh Abdul Latif yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-20 2024 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya.

Menurutnya penglibatan serta kejayaan Abdul Latif bersama adiknya dalam arena sukan silat di Sarawak khasnya adalah suatu pencapaian yang bagus untuk kemajuan seni pencak silat di negeri ini dan di Malaysia.

“Suatu pencapaian yang hebat untuk atlet Malaysia dan atlet Sarawak khasnya saya dimaklumkan mungkin dah 20 tahun Sarawak dan Malaysia tidak memenangi kejohanan dunia dan ini merupakan titik yang kita tunggu untuk atlet daripada Sarawak yang menjadi juara dunia itu yang paling penting.

“Saya rasa Abdul Latif itu merupakan daripada keluarga silat juga yang kita sudah maklum juga dalam SUKMA 2024 yang lepas adik beliau juga adalah medalis emas untuk silat dan ia suatu pencapaian yang bagus untuk seni pencak silat kita di
Sarawak dan di Malaysia khasnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media semasa menanti ketibaan pesilat Abdul Latif Maxzakir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Khamis.

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan penampilan sulung pesilat dari Miri, Ummi Mashitah Hassan dalam kejohanan dunia adalah sangat membanggakan dengan berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dunia dalam kategori Tanding Putri Kelas C Senior.

Jelasnya ini merupakan satu lagi bakat yang berjaya dicungkil daripada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hasil pencapaian baik Ummi Mashitah Hassan sehingga dipilih mewakili Malaysia dalam tempoh masa yang agak singkat adalah sesuatu yang memberangsangkan.

“Beliau telah mendapat pingat perak di kejohanan dunia yang sama tahniah kepada beliau yang penyertaan pertama beliau ke peringkat antarabangsa dan terus mendapat perak.

“Jadi ini bakat yang dicungkil daripada SUKMA 2024 yang telah diadakan di Sarawak suatu pencapaian agak baiklah untuk atlet Sarawak dapat mewakili Malaysia dalam tempoh masa yang agak singkat,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kejayaan pesilat Sarawak dalam kejohanan dunia tersebut diharapkan mampu menjadi satu pencetus motivasi kepada atlet-atlet lain dalam sukan ini dan sukan-sukan lainnya.

Tambahnya, para belia di Sarawak yang berminat dalam pelbagai jenis sukan, disarankan untuk kekal aktif
dalam bidang sukan masing-masing dan berlatih bersungguh-sungguh termasuk mengambil peluang yang ada untuk mencapai kejayaan sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan