Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rangkaian Japan Airlines (JAL) mengalami serangan siber pada Khamis, menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan bagasi dan kelewatan penerbangan pada permulaan musim cuti Tahun Baharu, sebelum sistem dipulihkan kemudian pada hari sama, lapor Agensi Berita Kyodo. Foto AFP

Japan Airlines terjejas serangan siber

ByBernama

TOKYO, 27 Dis: Rangkaian Japan Airlines (JAL) mengalami serangan siber pada Khamis, menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan bagasi dan kelewatan penerbangan pada permulaan musim cuti Tahun Baharu, sebelum sistem dipulihkan kemudian pada hari sama, lapor Agensi Berita Kyodo.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara, sambil menegaskan bahawa tiada maklumat peribadi bocor atau tiada kerosakan akibat virus komputer.

Menurut JAL, masalah itu bermula sekitar 7.25 pagi, menyebabkan lebih 60 penerbangan domestik dan antarabangsa ditangguhkan sehingga empat jam serta dua penerbangan domestik dibatalkan. Walaupun penjualan tiket dihentikan buat sementara waktu, tempahan yang telah dibuat sebelum ini kekal sah.

Sumber penyiasatan menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu memaklumkan kepada pihak polis bahawa mereka mungkin menjadi mangsa “Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS)”.

JAL berkata punca masalah telah dikenal pasti dan sistem kembali pulih pada 2 petang.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata dalam satu sidang media berkata: “Melalui kementerian pengangkutan, kami telah meminta JAL memperbaiki sistemnya secepat mungkin untuk memberi respons sewajarnya kepada pelanggan yang terjejas.”

Syarikat penerbangan lain, termasuk All Nippon Airways, Skymark Airlines, Solaseed Air, dan Star Flyer, dilaporkan tidak mengalami serangan siber dan beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Japan Post Co. menyatakan penghantaran surat dan bungkusan turut terjejas akibat gangguan penerbangan JAL.

Penumpang di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, dilihat bertanya kepada kakitangan dan memeriksa telefon bimbit mereka dengan cemas, namun situasi kelihatan terkawal di Lapangan Terbang Narita, Wilayah Chiba berhampiran ibu negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan