Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Kem Oya di sini, hari ini. Foto ATM

Jafri Sulaiman Panglima 9 Briged baharu

SIBU, 27 Dis: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz menyaksikan acara serah terima tugas antara Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Brigedier Jeneral Jafri Sulaiman selaku Panglima 9 Bgd Ke-28, hari ini.

Majlis berkenaan didahului perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Kem Oya di sini.

Kontingen perbarisan serah terima tugas Panglima 9 Bgd ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Izwan Ramli, Pegawai Memerintah Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) yang diiringi oleh Platun Tambor Gabungan 20 RAMD dan 3 RRD.

Sejurus selepas acara serah terima tugas, temu duga keluar Panglima 9 Bgd oleh Panglima 1 Divisyen dan diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati.

Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun akan menghadiri Kursus Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan