Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petugas pusat khidmat melakukan tinjauan ke atas projek siap di kawasan Meradong yang terletak di bawah Parlimen Sarikei. Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

10 projek jalan raya di Meradong siap, mudahkan penduduk keluarkan hasil pertanian

BINTANGOR, 27 Dis : Sebanyak 10 projek pembangunan siap dilaksanakan di kwasan Meradong di sini diyakini memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Menurut Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii pelbagai program pembangunan itu dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Projek Mesra Rakyat di sini.

”Sebahagian besar daripada tertumpu pada pelaksanaan naik taraf jalan raya yang merupakan kegunaan penting penduduk untuk ke pusat bandar Bintangor selain memudahkan mereka mengeluarkan hasil pertanian.

“Usaha itu amat penting bagi masyarakat luar bandar yang bergantung kepada pengangkutan untuk memasarkan produk mereka ke bandar.

“Ini juga membuktikan kesungguhan usaha kerajaan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk rakyat,” katanya kepada TVS hari ini.

Antara projek berkenaan ialah naik taraf Jalan Wong Kah Ing, Tung Nam Poh, Jalan Ho Kok Wah, Sungai Labas, Jalan Sing Hock Lama, Batu 2.5 Jalan KJD Nanga Strass, Jalan Yin Ho, Sungai Pilit, Jalan Puan Leh Yii, Sungai, Jalan Ling Kuok Fung, Jalan Siew Bakong, Jalan Ming Kwong, Jalan Bas Sekolah Ting, Jalan Sungai Bakong-Meradong, Jalan Chieng Nguok Lee, Jalan Sing Hua, Soong Lee dan Jalan Soon Ming.

Beliau berkata, dengan membaiki dan membesarkan jalan raya, kerajaan menunjukkan kepedulian terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan penduduk, terutama di kawasan luar bandar yang mungkin menghadapi kesukaran akses.

Usaha itu katanya, juga selari dengan matlamat untuk merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan mobiliti, akses pasaran, dan mempercepatkan aliran barangan serta perkhidmatan.

“Naik taraf laluan ini membantu memperkukuhkan jaringan pengangkutan darat di seluruh Meradong sekali gus menghubungkan lebih banyak kawasan terpencil dengan pusat bandar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan