Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243 yang terbabit dalam nahas tragik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, awal Rabu. Foto AFP

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan

ByBernama

PUTRAJAYA, 26 Dis: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan pada awal Rabu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan atau hubungi +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel ke mwastana@kln.gov.my.

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat Embraer 190 itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny apabila ia terbakar semasa pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Pihak berkuasa melaporkan puluhan kematian, dengan sekurang-kurangnya 28 orang yang terselamat, termasuk dua kanak-kanak, yang telah dimasukkan ke hospital.

Pesawat itu membawa seramai 67 orang, termasuk lima kru.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan