Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Thailand akan melaksanakan program perlindungan kesihatan sejagat yang dinaik taraf di seluruh negara mulai Januari. Foto hiasan Envato

Thailand akan laksana program perlindungan kesihatan sejagat dinaik taraf pada Januari

ByBernama

BANGKOK, 26 Dis: Thailand akan melaksanakan program perlindungan kesihatan sejagat yang dinaik taraf di seluruh negara mulai Januari, kata Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra pada Rabu, lapor Xinhua.

Bercakap pada majlis pelancaran, Paetongtarn berkata fasa terakhir program itu akan menyediakan perlindungan penuh kesihatan di semua 77 wilayah, menandakan pencapaian transformasi digital untuk sistem penjagaan kesihatan negara Asia Tenggara itu, yakni rakyat dapat mengakses perkhidmatan yang berpatutan dan cekap.

Menurut beliau, dengan ID kesihatan peribadi, rakyat kini mempunyai akses yang lebih pantas kepada perkhidmatan perubatan, berkat inovasi termasuk rujukan digital, konsultasi doktor secara dalam talian dan perkhidmatan penghantaran ubat.

Paetongtarn berkata melalui tempahan janji temu dalam talian, pesakit tidak lagi perlu beratur panjang atau menghabiskan masa seharian di hospital.

Perdana Menteri juga menggariskan matlamat strategik kesihatan untuk 2025 yang memberi tumpuan kepada penjagaan warga emas, pencegahan penyakit, perkhidmatan kesihatan mental, pemulihan ketagihan, serta kebolehsampaian yang dipertingkatkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan