Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bencana tanah runtuh melanda bandar Tarakan, Kalimantan Utara, mengorbankan tiga orang. Foto BNPB

Tanah runtuh ragut nyawa satu keluarga di Kalimantan Utara

JAKARTA, 26 Dis: Tiga maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Tarakan, Kalimantan Utara di Indonesia pada awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), tiga yang terkorban dikenali Mina (36 tahun), Arfan (8 tahun), dan Anselmus (45 tahun), merupakan sekeluarga manakala 10 keluarga lainnya turut kehilangan kediaman dalam kejadian tanah runtuh sekitar 2 pagi tadi.

Menurut Jurucakap BNPB Abdul Muhari, hujan berintensiti tinggi yang berlaku mengakibatkan keadaan tanah tidak stabil merupakan punca tanah runtuh kawasan terbabit.

“Keadaan tanah yang tidak stabil ditambah dengan hujan yang cukup lebat menyebabkan tanah bergerak dan kemudian runtuh, menimbus rumah di bawahnya,” katanya.

Abdul turut mendedahkan tanah runtuh berlaku di dua mukim iaitu Mukim Karang Anyar di Tarakan Barat dan Mukim Pamusian di Tarakan Tengah dan memusnahkan 10 rumah di situ.

Bukan itu sahaja, salah satu laluan utama penduduk turut terputus akibat tanah runtuh sehingga menyukarkan pengurusan bencana di kawasan itu.

Pengurusan kecemasan sedang giat dijalankan manakala agensi terbabit turut membantu memastikan mangsa yang terjejas selamat.

Usaha membaiki rumah yang rosak bagi memastikan pemulihan dan pengurusan lanjut di kawasan yang dilanda bencana sedang dijalankan.

BNPB menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan tanah runtuh supaya sentiasa berwaspada terutama ketika hujan lebat. Jika terdapat tanda-tanda keretakan atau tanah bergerak, segera pindah ke tempat yang lebih selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan