Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penampilan sulung pesilat dari Miri, Ummi Mashitah Hassan dalam kejohanan dunia cemerlang apabila berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dunia selepas perlawanannya bertemu Le Thi Van Anh dari Vietnam dalam kategori Tanding Putri Kelas C Senior di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 2024 di Abu Dhabi. Foto Salasiah Safian (TVS)

Pencak Silat Dunia: Ummi, atlet Sarawak dinobat Naib Juara Dunia di Abu Dhabi

BySalasiah Safian

MIRI, 26 Dis: Penampilan sulung pesilat dari Miri, Ummi Mashitah Hassan dalam kejohanan dunia cemerlang dengan dinobatkan gelaran Naib Juara Dunia selepas bertemu Le Thi Van Anh dari Vietnam di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 2024 di Abu Dhabi.

Ummi, 21, mengakui dirinya sendiri tidak menjangkakan kejayaan yang dikecapinya dalam kategori Tanding Putri Kelas C Senior di gelanggang kejohanan antarabangsa itu.

“Ia bukan mudah tetapi Alhamdulillah saya dapat buktikan, saya hadiahkan pingat perak untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sini hari ini.

Kata Ummi, antara cabaran yang dihadapi untuk kejohanan ini ialah apabila berdepan dengan lawan yang mempunyai berat berbeza dan ia memberi kelebihan kepada pihak lawan.

“Saya rasa lawan saya semua berat berbanding saya. Saya mengakui mereka memang hebat namun itu tidak melemahkan semangat saya. Saya cuba buat yang terbaik. Saya juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaikkan berat badan supaya sama seperti mereka. Jadi itu adalah antara cabaran yang saya hadapi.

“Saya dinaikkan kelas dari kelas B (50kg-55kg) ke kelas C (55kg-60kg),” ujarnya lagi.

Terdahulu, kejohanan menyaksikan Ummi bertemu lawan dari Thailand untuk pusingan pertama, manakala pada pusingan kedua pula Ummi menentang atlet dari Belanda.

Bercerita lanjut, Ummi mula berkecimpung dalam sukan silat ini pada 2020 selepas beralih arah dari sukan Futsal.

Pada mulanya, Ummi hanya ingin mencuba namun tidak menyangka sukan itu sebati dengan langkahnya.

Berbanding futsal, katanya silat membolehkan gadis itu untuk mengukur kemampuan diri sendiri.

“Jadi saya mencuba untuk menceburi sukan individu. Saya menyertai latihan silat di kampung dan secara kebetulan pada masa yang sama terdapat kejohanan silat diadakan. Jadi saya mewakili perguruan di kampung dan menjadi rezeki saya apabila saya dipilih untuk mewakili Miri dalam Sukan Sarawak (SUKSAR).

“Saya memenangi pingat emas di SUKSAR dan itu membolehkan saya dipilih untuk menyertai SUKMA bagi mewakili Sarawak dan Alhamdulillah saya juga memenangi pingat emas,” katanya.

Selain Ummi, pesilat kelahiran Kuching, Abdul Latif Maxzakir menamatkan penantian dua dekad Sarawak dan Rumpun Silat Sarawak (RSS) selepas berjaya membawa pulang pingat emas juga di kejohanan yang sama.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Abdul Latif, 25, sebagai anak jati Bumi Kenyalang yang keempat membawa pulang gelaran juara dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan