Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas tragis pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada Rabu (25 Disember). Foto AFP

Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas tragis pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada Rabu (25 Disember).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kedutaan Azerbaijan memaklumkan kemalangan udara semasa pesawat dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu cuba melakukan pendaratan cemas telah meragut banyak nyawa. Kerajaan Azerbaijan telah mengisytiharkan 26 Disember sebagai hari berkabung kebangsaan.

“Nota Takziah boleh ditandatangani di kedutaan yang terletak di Lot 589, Jalan 6, Taman Ampang Utama, Selangor mengikut jadual berikut: Khamis (26 Dis) dari 2 petang hingga 5.30 petang, dan Jumaat (27 Dis) dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5.30 petang,” menurut kenyataan itu.

Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.

Nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau, Kazakhstan telah mengorbankan 38 nyawa, menurut Menteri Pengangkutan Kazakhstan Marat Karabayev seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Azerbaijan (Azertac). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan