Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lambakan raja buah, durian di kawasan lapang Medan Selera, Limbang. Foto: TVS.

Musim durian di Limbang, tapak jualan ‘raja buah’ akan dibuka

LIMBANG, 26 Dis: Tapak jualan buah-buahan bakal dibuka di kawasan lapang medan selera di sini berikutan musim buah durian ketika ini.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, peniaga buah di daerah ini akan dibenarkan berniaga di kawasan lapang tersebut ekoran kedudukannya yang strategik.

Katanya, keputusan itu dibuat pihaknya bagi memudahkan peniaga buah berniaga di kawasan yang lebih selesa yang sudah ditetapkan susulan lambakan buah-buahan termasuk raja buah durian yang melanda Limbang sekarang.

“Kita akan membenarkan kawasan lapang Medan Selera untuk dijadikan tapak jualan buah-buahan, terutama buah durian yang melanda Limbang ketika ini.

“MDL memohon kerjasama kepada para peniaga selain bersama-sama mempromosikan Limbang dalam menarik lebih ramai pengunjung terutama dari negara Brunei Darussalam,” katanya ketika ditemui media pada Kunjungan Rumah Terbuka Ahli Majlis yang juga Exco Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Negeri Kaunselor Daniel Taha dan keluarga di Perumahan Jabatan Laut hari ini.

Sufian turut optimis pembukaan kawasan itu sebagai pusat jualan buah-buahan terutama durian menjadi daya tarikan serta satu produk pelancongan yang dikunjungi pengunjung dari luar termasuk dari Brunei terutama pada musim buah-buahan yang melanda Limbang ketika ini.

Katanya sepanjang tahun ini lebih sejuta pengunjung terutama dari negara jiran Brunei memasuki Limbang sekali gus menjadikan Limbang antara daerah yang menjadi penyumbang kepada kemasukan pengunjung ke Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan